
|
Sweet Owner Bigfoots! Credits!
| Sincerely, me ♥
Tak semua manusia yang sukakan lilin yang menyala ibarat api yang memanaskan diri. Tetapi lilin sanggup menemani kita didalam kegelapan sehingga akhir hayatnya.
Setiap orang punya impian, harapan dan pilihan masing mereka sendiri :) Bila kau sayang seseorang, kau akan biarkan dia memilih dan terima apa jua pilihan dia. Tapi bila kau cinta atau suka seseorang. kau akan selalu menunggunya dengan setia dan tulus.
Kasih sayang yang sebenar bukan lahir daripada ungkapan bibir semata-mata. Ia terlahir daripada satu pertemuan, dihiasi dengan satu perkenalan dan dilengkapi dengan satu ikatan. kasih sayang yang sebenar tidak akan pernah bermakna jika tiada satu pengorbanan.
Walau sekuat mana tali diikat, pasti akan terlucut juga. Andai disambung kembali, pasti tidak sekuat dulu. Kerana ikatan yang indah, bila terputus, dan kembali semula untuk mencipta kebahagiaan, pasti tak seindah dulu.
Apa guna mencipta harapan jika peluang tak pernah datang? Apa guna mencipta kasih sayang jika sayang hanya kau seorang yang merasakan? Apa guna mencipta memori jika hanya kau yang mengingati? Tapi aku tak pernah menyesal mencipta segala cerita tentang kita. Aku bahagia dengan apa yang aku rasakan walaupun kau tak pernah nak tahu apa yang aku rasakan.
Airmata bukan murah untuk aku bazirkan selalu. Airmata ini bukan bahan pura pura kerana airmata inilah yang mengeluarkan segala apa yang aku rasa. Tentang rasa ini, aku harap kau mengerti.
Aku tak berharap untuk menjadi orang yang terpenting dalam hidupmu kerana itu merupakan permintaan yang terbesar bagiku. Aku hanya berharap, suatu hari nanti jika kau melihatku, kau akan tersenyum dan berkata "DIALAH ORANG YANG SELALU MENYAYANGIKU"
Everybody wants happiness,
Nobody wants pain,
But you can't have a rainbow without a little rain.
Cinta bukannya mencari yang sempurna, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Jangan kata "AKU CINTA PADAMU" bila kau tak benar cinta. Jangan bicara soal perasaan kalau itu benar tidak ada. Jangan kau tatap matanya jika itu suatu pembohongan. Hal yang paling kejam bila disaat kau membuat seseorang itu jatuh cinta sedangkan kau tak berniat langsung menerima disaat dia telah jatuh cinta!
"Allah pasti sudah menetapkan pilihan hati yang terbaik buat kita. Percayalah. Jangan terlalu sedih apabila kehilangan dia kerana pasti akan ada yang lebih baik daripada dia untuk kita" :')
If you don't want to tell her everything, that is fine. Just don't lie to her.
If a girl is stupid enough to love you after you broke her heart, i want to tell you something. You must know it. She is the one!
|