
|
Sweet Owner Bigfoots! Credits!
| Nobody perfect.
Aku tak lawa. Tak comel. Tak cantik. Tak hot. Tak pandai. Tak pandai pakai contact lens macam perempuan2 lawa dekat luar sana tu. Aku tak reti melawa macam orang lain. Aku baran. Aku tak tahu menghargai. Aku pentingkan diri sendiri. Aku buruk. Aku kelam kabut. Aku terlalu percaya. Aku terlalu setia. Yang hina tu semua aku. AKU!!!
Tapi aku juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Aku juga berhak bahagia. Aku mengalah dan terus mengalah. Dalam diam aku pendam rasa sakit dan perit. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah. I know who i am. I cant be perfect but i try to be the best.
Aku pernah setia tapi diduakan. Aku pernah mencintai tapi dikhianati. Aku kawal amarahku tapi langsung tak dipeduli. Aku berkorban masa demi orang yang aku sayang tapi langsung tak dihargai. Aku sedang belajar memujuk hati sendiri. Belajar untuk lebih bersabar. Belajar untuk memaafkan dan melupakan segala kisah silam yang sudah berlalu dan aku juga sedang belajar untuk menghapuskan dendam yang terbuku dalam hati.
Aku kene lupakan. Semuanya. Dengan itu hidup aku akan aman, tenang dan ceria macam dulu :') Kalau dia boleh takkan aku tak boleh kan? Tapi aku takkan guna tektik kotor dan jijik macam dia yang ada pengganti hidup bagai. Aku akan guna cara aku sendiri.
Nak cari kebahagiaan diri tak perlu ada pengganti. Cukup la sekadar mencari kekuatan, ketabahan dan kesabaran hati yang mampu menempuh pelbagai dugaan lain yang menanti :')
|